ehemm..Assalamualaikum.. ^^,
Gambar Hiasan
Permulaannyee...
kadang-kadang an bila melayari weblog-weblog , FB , MYSPACE kawan-II, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri dowg,rasa hairan gak tgok sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pulak untuk memaparkan gambar masing-masing.x salah nak memaparkan gambar tu, ya muslimah sekalian, namun, sayang sgt, kowg terlupa bahawa gambar yang kowg posting tu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap parut, jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA
DENGANNYA?
Bukan tujuan nak mengaibkan hampa semua. Hambe adalah rakan kowg ^^. Sahabat kowg. Yang enggan melihat
wajah-wajah kowg sume itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang lain. Biarpun wajah
bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang,
tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia
internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta
orang yang melihatnya setiap hari.Pernah dgr khabarkan gambar di EDIT yg bukan-II? nak ke? Nauzubillah..
Oleh itu, Di kalangan mereka ada
yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur
“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka
kerjakan. ”
Namun, kita harus akui,
bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya
perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kome semua biarpun kome bertudung litup. Sahabatku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju
lagi. Dulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon
juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee
segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya,
kalau wajah-wajah kowg sume yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan
bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang
sakit jiwanya, akan mula mengganggu kowg. Mula memburu kowg dengan SMS, telefon, hatta mungkin
mendekati kowg semua, dengan tujuan memiliki kowg-II….
Hanya kerana satu
kesilapan yang mungkin kowg tidak terniat, wajah kowg terpampang besar di
internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi.
Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop,
Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan kowg, kowg tanggung sendirilah yee. Tapi kalau niat kowg cuma berkongsi, dengan
tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran hambe, hati-hatilah!
PENYELESAIANNYA….
kowg sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri kowg an, kowglah yang harus menjaganya. Apa tujuan kowg bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan hambe, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah kowg besar-besar menutup pandangan orang terhadap kowgkah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik kowg, seharusnyalah kowg kecilkan wajah-wajah kowg dengan mengecilkan saiz gambar itu.Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat kowg hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah kowg, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, kowg kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah kowg itu.Ingat, wajah kowg, anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang
layak sahaja...
Wallahu A’lam..
S
e l a m a t B e r m u j a h a d a h



No comments:
Post a Comment