Tuesday, 27 March 2012

Ehem, Gambar Muslimah kah Ini?



ehemm..Assalamualaikum..  ^^,


Gambar Hiasan

Permulaannyee...


kadang-kadang an bila melayari weblog-weblog , FB , MYSPACE kawan-II, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri dowg,rasa hairan gak tgok sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pulak untuk memaparkan gambar masing-masing.x salah nak memaparkan gambar tu, ya muslimah sekalian, namun, sayang sgt, kowg terlupa bahawa gambar yang kowg posting tu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap parut, jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Bukan tujuan nak mengaibkan hampa semua. Hambe adalah rakan kowg ^^. Sahabat kowg. Yang enggan melihat wajah-wajah  kowg sume itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang lain. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.Pernah dgr khabarkan gambar di EDIT yg bukan-II? nak ke? Nauzubillah..


Oleh itu, Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kome semua biarpun kome bertudung litup. Sahabatku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

 Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah kowg sume yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu kowg. Mula memburu kowg dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati kowg semua, dengan tujuan memiliki kowg-II….
 
Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin kowg tidak terniat, wajah kowg terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan kowg, kowg tanggung sendirilah yee. Tapi kalau niat kowg cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran hambe, hati-hatilah!


PENYELESAIANNYA….


kowg sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri kowg an, kowglah yang harus menjaganya. Apa tujuan kowg bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan hambe, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah kowg besar-besar menutup pandangan orang terhadap kowgkah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik kowg, seharusnyalah kowg kecilkan wajah-wajah kowg dengan mengecilkan saiz gambar itu.Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat kowg hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah kowg, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, kowg kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah kowg itu.Ingat, wajah kowg, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...

Wallahu A’lam..

Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...^^,

S e l a m a t B e r m u j a h a d a h

Thursday, 15 March 2012

Tarbiyah

Assalamualaikum,, Kaifaha lukum ?

Ermm..sehat? macam mana cuti ? best? homework dah ciap? ..bagi hambe homework bnyk sangattt...Ya Allah..ringan kan beban ku...Insya-Allah.. siap la nanti...kali ni nak share 1 clip video..layann...



Wassalam.. ;)

Friday, 2 March 2012

Dugaan ehh?

Assalamualaikum... ^^,

eotteohge jinae ? geonganghan ? harapnye sihat la yee..wlopun owg yg kt sini x bape nak sehat tp happy jgk if kowg sume sehat.. Bahagia jee rse.. kali ni nak bgtw yg tanggungjawab pd diri ni dah semakin besar n lebih berat lgi..Amanah pemimpin yang dipikul banyak sgt.. insya-Allah tanggungjawab tu akan hambe galas dengan ikhlas dan diredhai Allah.. tahun ni sekali lagi hambe mengalas tanggungjawab sebagai Naqib usrah bagi Program Mentor Mentee di sekolah.. mentornye ialah Cik Zuryati ..dan anak usrah terdiri daripada Form 1 - Form 5.. 


Anas (Angah) , Amir (Alang), Firdaus (Ateh) , Najmi (Acik) , Naim (Tam) , Amin (Andak) dan 3 org adik Bongsu..


Lately awal bulan ni mcm2 benda berlaku.. happy and Moody.. entah kenapa pon x tw nak ckp mcm mana..semua berlaku ada hikmahnye..untuk kebaikan diri and org lain...ape yg penting..Jangan terlalu ikut perasaan sgt..betol x ? ^^'.. 


Ada seseorang insan memberitahu...


"Allah nak beri hati kite bercelaru bile2 mase je boleh..tak kire lelaki/perempuan akan diberi ujian sehingga bertemu dgn nye..LIFE is too short to regret on what had happen.Life is too SWEET by praying always to HIM in whatever condition you are :)''



Usrah ku bertambah menjadi 2 tahun ini.. =p mybe menjadi 3 kodd.. Insya-Allah

Hadis dibawah sebagai renung-renungan kite bersama..


Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Orang yang mencekik dirinya sendiri sampai mati akan mencekiknya juga didalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya dalam neraka dan orang yang melemparkan diri dari tempat tinggi untuk membunuh diri maka akan selalu dia melemparkan dirinya didalam neraka" (Riwayat Bukhari & Abu Hurairah r.a.)
Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda lagi : "Andaikan kamu berbuat dosa hingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah) 

so.. renung-renungkan dan selamat beramal.. wassalam..